Kehilangan Hak Istimewa Admin WordPress

Apabila Laman WordPress pelanggan digodam dan akaun admin mereka telah dihapuskan dari pangkalan data. Ada kemungkinan hak istimewa admin WordPress telah diambil keluar oleh penggodam. Anda boleh log masuk ke kawasan pentadbir WordPress tetapi anda tidak akan melihat mana-mana fungsi-fungsi admin (contohnya keupayaan untuk membuat perubahan pada plugin atau tema), yang membolehkan anda mengubahsuai laman anda. Ini menyebabkan mereka dikunci dari laman mereka tanpa apa-apa pengubahsuaian berlaku.

Jadi tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan, anda perlu pergi ke phpMyAdmin dan mencipta pengguna admin baru untuk memberikan anda akses. Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah panduan bagaimana untuk mencipta pengguna admin baru dalam pangkalan data WordPress melalui MySQL. Pertama, anda perlu mempunyai akses kepada Panel Kawalan hosting anda seperti CPanel, Plesk atau VestaCP dan lain-lain; yang membolehkan anda memasuki ke phpMyadmin. Jika anda tidak mempunyai log masuk ni. Sila meminta pembekal hosting anda untuk menyediakan kepada anda.

Buatlah sandaran baru daripada pangkalan data MySQL WordPress anda. Anda perlu mempunyai satu salinan sebelum membuat sebarang perubahan dengan data laman anda. Salinan sandaran tersebut membolehkan anda pulihkan atau kembali semula pangkalan data kepada keadaan sebelumnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Tambahkan Pengguna Admin ke pangkalan data WordPress

Untuk membaiki isu ini, anda perlu menambahkan pengguna admin baru ke pangkalan data anda melalui MySQL. Kami akan menetapkan semula kata laluan melalui phpMyAdmin dengan mengikuti langkah di bawah.

  1. Log masuk ke panel hos anda (CPanel/Plesk/VestaCP) dan melancarkan phpMyAdmin yang boleh didapati di bahagian pangkalan data.
  2. Sebaik sahaja log masuk ke PHPMyAdmin, pilih pangkalan data MySQL WordPress anda. Jika anda mempunyai beberapa pangkalan data dan tidak pasti yang pangkalan data WordPress, anda boleh mencari nama pangkalan data dari WordPress fail wp-config.php, contohnya define (‘ DB_NAME ‘, ‘ wpdb ‘).
  3. Sebaik sahaja pangkalan data WordPress dipilih senarai semua Jadual dalam pangkalan data diisi seperti yang dilihat dalam tangkapan skrin di bawah. Klik pada jadual wp_users untuk mengakses kandungannya. Kunci default jadual WordPress adalah wp_ oleh itu jika anda telah menukarkannya kepada jL1wp8, nama sebenarnya adalah jL1wp8_users.

Anda perlu membuat akaun baru, jadi klik pada ‘ insert ‘. Dalam borang, tambahkan yang berikut:

  • ID: Masukkan nombor yang anda suka, saya pilih nombor 8.
  • user_login: Masukkan nama pengguna yang anda suka.
  • user_pass: Kata laluan untuk nama pengguna ini. Pastikan untuk memilih MD5 dalam menu fungsi.
  • user_nicename: Tambahlah nama samaran atau sesuatu yang anda mahu rujuk diri anda.
  • user_email: Tambah e-mel yang anda ingin dengan akaun ini. Anda mungkin mahu mencuba e-mel yang berbeza jika yang asal yang anda gunakan telah dikompromi.
  • user_url: Masukkan alamat laman anda.
  • user_registered: Pilih tarikh/masa untuk apabila pengguna ini didaftarkan.
  • user_status: Set ke 0.
  • display_name: Letakkan nama yang anda mahu paparkan untuk pengguna ini.
  • Klik pada butang Go.

Seterusnya, kami perlu menambah nilai untuk jadual wp_usermeta. Klik pada jadual wp_usermeta dan kemudian klik pada tab “insert” seperti langkah sebelumnya. Masukkan maklumat berikut:

  • unmeta_id: Biarkan ini kosong (ia akan dijana secara automatik).
  • user_id: Ini adalah nombor yang anda cipta dalam langkah sebelumnya, seperti saya pilih nombor 8.
  • meta_key: Masukkan nilai wp_capabilities.
  • meta_value: Masukkan nilai a:1:{s:13:”administrator”;s:1:”1″;}
  • Klik pada butang Go.

Kemudian, masukkan nilai-nilai lain dengan maklumat ini:

  • unmeta_id: Biarkan ini kosong (ia akan dijana secara automatik).
  • user_id: Ini adalah nombor yang anda cipta dalam langkah sebelumnya, seperti saya pilih nombor 8.
  • meta_key: Masukkan nilai wp_user_level.
  • meta_value: Masukkan nilai 10.
  • Klik pada butang Go.

Tahniah, anda telah mencipta nama pengguna baru. Gunakan ini untuk log masuk ke dalam wp-admin anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan baru.

SQL query

Untuk pemaju laman yang ingin mempercepatkan proses ini, anda hanya memasukkan kod SQL ini dalam pangkalan data anda.

INSERT INTO `databasename`.`wp_users` (`ID`, `user_login`, `user_pass`, `user_nicename`, `user_email`, `user_url`, `user_registered`, `user_activation_key`, `user_status`, `display_name`) VALUES ('8', 'demo', MD5('demo'), 'Your Name', '[email protected]', 'http://www.test.com/', '2020-09-08 00:09:08', '', '0', 'Your Name');

INSERT INTO `databasename`.`wp_usermeta` (`umeta_id`, `user_id`, `meta_key`, `meta_value`) VALUES (NULL, '8', 'wp_capabilities', 'a:1:{s:13:"administrator";s:1:"1";}');

INSERT INTO `databasename`.`wp_usermeta` (`umeta_id`, `user_id`, `meta_key`, `meta_value`) VALUES (NULL, '8', 'wp_user_level', '10');

Jangan lupa untuk menukarkan nama pangkalan data anda. Juga jangan lupa untuk menukar nilai yang sesuai seperti nama domain anda. Peringatan sekali lagi iaitu kunci default jadual WordPress adalah wp_ oleh itu jika anda telah menukarkannya kepada jL1wp8, nama sebenarnya adalah jL1wp8_users.

Kesimpulan

Cuba login sekarang dan memeriksa sama ada anda boleh mengakses ke panel WordPress admin anda. Sekarang anda perlu buat dengan mengaktifkan semua plugin atau tema yang anda milik. Contohnya, jika WooCommerce kehilangan perananya dan keupayaanya apabila anda mengaktifkan semula. Apa yang anda perlu buat ialah menyahaktifkan dan memadam WooCommece melalui WordPress plugin. Kemudian memasang WooCommerce kembali untuk memulihkan peranannya secara automatik.

You may also like...