Sistem Pengurusan Kandungan: WordPress Joomla Drupal

Kini, membina laman web baru tidak sukar seperti melatih anjing. Sesiapa sahaja boleh mencipta laman web dengan bantuan alat dan teknologi yang tersedia untuk pembangunan laman web tanpa mempunyai pengetahuan pengekodan. Wix, Weebly dan Squarespace; mereka adalah tiga pembina laman web yang paling terkenal masa ni.

Sistem pengurusan kandungan (CMS) adalah teknologi dan alat yang membolehkan membangunkan laman web yang berfungsi sepenuhnya tanpa perlu menulis satu baris kod. Ia digunakan untuk mewujudkan dan menguruskan laman web tanpa perlu bersusah-payah. Joomla, Drupal dan WordPress adalah salah satu daripada sistem pengurusan kandungan yang paling popular. Ini menjelaskan mengapa perbincangan hari ini adalah WordPress vs. Joomla vs. Drupal.

Jika anda berfikir hendak membina laman web atau blog, anda harus mempertimbangkan untuk menggunakan salah satu daripada CMS terbaik yang terdapat di pasaran. Sebelum ini, WordPress hanya tertumpu untuk platform blogging. Hari ini, WordPress adalah salah satu CMS yang lebih daripada blog saja. Walaupun ia bermula sebagai alat blogging, WordPress telah berkembang menjadi pilihan CMS standard. Sekarang, anda boleh membina laman web e-dagang dari WordPress juga.

Konfigurasi yang bersifat mudah dan senang dalam platform CMS moden bermakna sesiapa sahaja boleh membina laman web mereka yang kelihatan hebat. Anda tidak perlu menjadi pemaju web, programmer, pereka laman web, atau mempunyai sebarang pengalaman sebelumnya dapt membangunan laman web juga.

Tiga platform CMS ini telah menjadikannya lebih mudah bagi mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal yang sedikit untuk membina sebuah laman web yang profesional. Ketiga-tiga platform menawarkan pengguna pelbagai jenis alat untuk meningkatkan laman mereka.

Tetapi yang mana satu adalah lebih baik? Dan kebaikannya dalam segi apa? Mari kita dapatkan maklumat yang lebih dalam!

Lapan ciri CMS terbaik yang kami Cari adalah:

The eight best CMS features that we’re looking for are:

  • Kos Perbelanjaan
  • Kemudahan Penggunaan
  • Keselamatan & Kemas kini
  • Plugin & Tema
  • Kelajuan
  • Fleksibiliti Pengubahsuai
  • Pembelajaran
  • Sokongan dan Komuniti

1. Kos Perbelanjaan

Seperti yang anda semua telah tahu, kesemua tiga CMS adalah percuma 100% boleh dimuat turun tanpa apa-apa kos. Tetapi terdapat perbelanjaan sampingan yang lain untuk anda mengambil kira sebelum anda mula menggunakannya.

Ini adalah kos domain dan kos hosting yang anda perlu bayar setiap tahun atau bulanan bergantung kepada caj pembekal hosting anda. Kedua-dua perbelanjaan ini perlu dibayar dahulu supaya anda boleh memasang salah satu tiga CMS.

Okay, keseluruhan kos tidak akan berhenti di sini selepas pemasangan selesai. Jika anda memerlukan modul tambahan, Bukan semua plugin atau tema adalah percuma, maka anda perlu juga membuat bayaran. Lebih banyak modul, plugin dan tema menyebabkan kos anda bertambah tinggi lebih lagi.

Ketiga-tiga CMS mempunyai kos tambahan dalam lingkungan julat harga yang sama. Tetapi anda tidak perlu membeli sebarang modul, plugin dan tema tambahan jika anda tidak mempunyai bajet.

Pada akhirnya, anda perlu membayar minimum:

  • RM120 (.my kos domain) + RM100 (kos hosting) = RM220 setahun

2. Kemudahan Penggunaan

Ketiga-tiga CMS terkemuka Drupal, WordPress dan Joomla dihasilkan bertujuan untuk individu pemula dan untuk individu mahir berpengalaman juga. Tetapi, walaupun niat ini, kesederhanaan dan kemudahan untuk digunakan bukan pada tahap yang sama paras.

Lagipun, memasang Drupal, WordPress dan Joomla dalam pelayan hos  anda adalah agak mudah kerana hos anda menyediakan pilihan untuk memasang pelbagai sistem pengurusan kandungan termasuk Drupal, WordPress dan Joomla dalam backend persekitaran hosting mereka yang sangat-sangat senang sekali.

Walau bagaimanapun, anda perlu mengupah pemaju Drupal dan pemaju Joomla untuk mengubah tema yang sesuai dengan permintaan anda kerana ianya agak sukar bagi anda untuk membina tema sendiri jikalau anda tidak mengetahui kod.

Malah, Kemudahan penggunaan adalah salah satu sebab utama mengapa orang ramai lebih suka menggunakan WordPress untuk membangunkan laman mereka. Dalam masa beberapa minit, anda boleh memasang WordPress dengan plugin dan tema pada pelayan hos anda dengan kemudahan satu klik yang telah disediakan pada kebanyakan hos.

Jelasnya, WordPress adalah yang paling mudah untuk digunakan.

3. Keselamatan & Kemas kini

Anda boleh mengharapkan Drupal, WordPress dan Joomla yang baru versi kemaskini kira-kira setiap 2-3 bulan. Kebanyakan daripada mereka kemas kini adalah kecil dan boleh menyelesaikan masalah aplikasi kecil untuk isu-isu kecil atau sederhana. Kemaskini besar Drupal, WordPress dan Joomla mungkin dibuat beberapa kali setahun.

Drupal adalah sangat kukuh dari segi keselamatan disebabkan oleh pengguna yang rendah berbanding dengan Joomla, ia adalah lebih teguh dibandingkan WordPress pula. Malah, Keselamatan adalah ciri kritikal untuk Drupal.

Walau bagaimanapun, tiada apa-apa yang boleh dikatakan 100% selamat di internet, maka laman web Drupal mungkin terdedah kepada pelbagai ancaman atas apa-apa sebab. Kebanyakan kelemahan untuk Drupal, Joomla dan WordPress datang dari salah satu daripada dua faktor; daripada platform telah lapuk dan plugin berkonfigurasi lapuk. 56% daripada plugin yang lapuk tersebut adalah penyebab kelemahan yang ada di laman web.

WordPress adalah platform CMS web yang paling popular. Oleh itu, ia adalah sasaran utama bagi kebanyakan penggodam dan malware. Seperti yang anda ketahui sekarang, sebahagian besar laman web yang digodam adalah di bawah WordPress (yang terlampau lapuk). Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kedua-dua Drupal dan Joomla digodam dalam kadar yang kurang daripada WordPress.

Namun begitu, teras WordPress adalah platform yang sangat selamat dan mantap dan kebanyakan kelemahan datang dari pengguna. WordPress, adalah CMS yang lebih banyak digunakan, ianya mempunyai lebih banyak kakitangan yang bekerja di belakang tabir untuk memastikan ia selamat.

Keputusan akhirnya Drupal adalah platform yang paling selamat.

4. Plugin & Tema

Agak ramai komuniti WordPress yang menyediakan penyelesaian untuk isu-isu yang berbeza. Anda boleh mencari banyak tema dan plugin dari WordPress repositori yang adalah percuma. Terdapat banyak plugin untuk dipilih, dan ini boleh memenuhi pelbagai keperluan laman web yang ada masalah loading kelajuan, SEO, untuk Keselamatan.

Joomla dan Drupal tidak begitu popular seperti WordPress, tetapi masih terdapat banyak modul untuk pengguna. Mencari modul Joomla dan Drupal yang wujud dan diperlukan adalah satu tugas yang tidak mudah untuk pengguna biasa tetapi bukan untuk profesional yang berpengalaman dengan latar belakang teknikal yang kukuh. Walau bagaimanapun, ini biasanya tidak digunakan untuk pemula. Dalam kebanyakan kes, anda perlu mengupah pemaju Joomla dan pemaju Drupal atau kena belajar dahulu jika anda ingin laman web dibuat khas.

Dan dengan keputusan ini, WordPress mempunyai plugin dan tema yang paling ramai.

5. Kelajuan

Drupal membolehkan anda untuk membangunkan laman web yang pantas dan berprestasi tinggi. Sebab yang paling penting untuk mengapa ia cepat dimuatkan kerana Drupal tidak sangat sumber. Drupal lebih ringan berbanding WordPress. Drupal menjadi pilihan pertama bagi mereka yang mahu membina laman web dengan beribu-ribu halaman.

Kemudian Joomla, Joomla juga mempunyai kelebihan kelajuan lebih WordPress apabila laman web anda besar dan lebih kompleks. Ia mempunyai Kebolehskalaan yang lebih baik dan tidak sangat memerlukan penggunaan pelayan daripada laman web berbanding dengain laman web WordPress yang bersaiz sama.

Kelajuan adalah salah satu daripada kelemahan WordPress. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa laman WordPress tidak boleh cepat. Kenalah bekerja keras terlebih dahulu. Kebanyakan webmaster gagal untuk mengoptimumkan laman mereka dengan cara yang betul dari segi kelajuan. Perkara seperti menggunakan terlalu banyak plugin, tema yang tidak berkod bersesuaian, dan imej laman web yang besar adalah beberapa sebab punca laman web WordPress yang perlahan.

Jelaslah, Drupal adalah terpantas dalam segi kelajuan.

6. Fleksibiliti Pengubahsuai

Menggunakan Joomla, anda boleh mewarisi pelbagai tema merentasi laman web anda. Apa ini bermakna bahawa pelanggan Joomla boleh mempunyai tema yang berbeza untuk halaman yang berbeza. Anda pun boleh menukar gaya dan template, sebagai contoh, anda mahu tema yang berbeza untuk blog anda daripada laman web utama anda.

Laman web Drupal pula. Walaupun terdapat beberapa tema untuk pemula, jika anda ingin mengubahuaikan tema untuk laman anda agak sukar. Drupal tidak menyediakan pelbagai modul, tema dan plugin, untuk mencari penyelesaian yang sesuai akan menjadi satu perjalanan yang sukar dan menakutkan.

Sebaliknya, pengguna WordPress hanya boleh menggunaka tema yang tunggal untuk laman web.

Keputusan akhir Joomla adalah pemenang dari segi fleksible.

7. Pembelajaran

Joomla, memerlukan lebih banyak komitmen untuk belajar untuk mengendalinay. Ia adalah lebih kompleks dan bukan untuk individual pemula. Walaupun Drupal, konfigurasinya sangat rumit untuk orang yang baru ataupun orang yang bukan teknikal. Untuk membuat laman web dengan Drupal, anda perlu memiliki beberapa pengetahuan teknikal asas dahulu.

WordPress menawarkan cara yang paling mudah dan pelbagai fungsi untuk melakukan apa-apa dengan laman web anda tanpa mengetahui apa-apa tentang pengekodan. Terdapat repositori besar tema dan plugin, dan anda boleh memilih apa-apa tema dan plugin untuk meningkatkan penampilan dan fungsi Laman web anda. Dengan bantuan video tutorial dan artikel, anda boleh belajar bagaimana untuk membina laman web anda dengan berkesan.

Dengan itu WordPress membolehkan sesiapa saja dapat membina sebuah laman web tanpa apa-apa pengetahuan.

8. Sokongan dan Komuniti

Kesemua tiga CMS yang terbaik menawarkan banyak cara untuk anda mendapatkan bantuan:

Forum sokongan rasmi semuanya agak serupa dengan setiap CMS.

Akhir sekali, ketiga-tiga CMS terbaik mempunyai kelebihan dan keburukan mereka sendiri. Kenapa kebanyakan orang lebih suka WordPress? Seperti yang saya telah menunjukkan kepada anda; WordPress adalah mudah untuk digunakan, mudah untuk menambah plugin atau tema dan mudah untuk menguruskan Dashboard. Anda bolehlah pilih Drupal jikalau mahir anda ingin laman web yang pantas dan selamat.

You may also like...